Kenapa Anda Harus Berhenti Merokok?
Tembakau adalah penyebab utama kematian 1 dalam 10 orang dewasa di seluruh dunia yang ianya bersamaan 5 juta kematian setahun. Kebanyakan kematian utama adalah disebabkan serangan penyakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan kanser. Penyakit saluran jantung tersumbat adalah penyebab utama kematian di Amerika Syarikat. Masih nak merokok lagi?
Tahukah Anda?
Dengan mengambil rokok kita telah mengundang penyakit kepda diri kita. Malah kepda orang lain di sekeliling kita juga. Kerana setiap asap rokok yang kita sedut akan memberi kesan kepada paru-paru, otak dan jantung kita. Kandungan tar, nikotina dan bahan kimia yang lain akan menyebabkan penyakit kanser, tibi dan pendarahan dalam otak. Setiap asap rokok yang dihidu mengandungi 4000 bahan kimia dan 200 daripadanya adalah beracun, manakala 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Dari asap yang dihidu itu juga boleh menyebabkan darah membeku dan mengakibatkan strok. Strok boleh membunuh dan mengakibatkan buta atau lumpuh.
Mari kita lihat artikel di bawah ini...
Kandungan Bahan Kimia Berbahaya Dalam Rokok
(ini adalah sebahagian drpd 4000 bahan kimia)
Asap maut! Setiap batang rokok yang dihisap mengandungi racun yang amat berbahaya.
Bahan kimia yang terdapat pada rokok :
1) Aseton (penanggal cat)
2)Ammonia (pencuci lantai)
3)Metanol (bahan api)
4)Naftalena (ubat gegat)
5)Karbon monoksida(gas beracun dari ekzos kereta)
6)Vinil klorida(membuat PVC)
7)Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
8)Toluena
9)Arsenik(racun anai-anai)
10)Fenol
11)Butana (minyak lighter)
12)DDT(racun makhluk perosak)
13)Nikotin(termasuk dlm kategori dadah kerana ia menyebabkan ketagihan)
14)Tar(utk membuat jalanraya)
Bahan kimia yang terdapat pada rokok yang menjadi punca barah :
1)Naphthylamine
2)Kadmium(digunakan dalam bateri kereta)
3)Polonium-201
4)Toluidina
5)Uretana
6)Dibenzakridine
7)Benzopyrine
Perangkaan terbaru menunjukkan 29 % ibu hamil yang merokok walaupun hanya 1 hingga 10 batang sehari menyebabkan anak dalam kandungan mereka cacat. Dan risiko tersebut meningkat kepada 78% kepada yang merokok 20 batang sehari.
Selain daripada itu merokok juga amat membazirkan wang. Mari kita kira berapa banyak wang yang keluar hanya kerana rokok...
Katalah anda merokok jenama yang terkenal, sekotak 14 batang dengan harga RM5.30, kebiasaan kepada mereka yang sudah imun dengan rokok akan merokok paling tidak satu hari sekotak rokok.
1 hari = sekotak (14 batang)= RM5.30
30 hari = 30 kotak (420 batang)=RM159.00
365 hari = 365 kotak (5110 batang)=RM1934.50
10 tahun merokok purata anda akan membakar wang sebanyak RM19345.00, cukup untuk sebuah kereta Kancil Baru.
Itu baru yang merokok 14 batang sehari. Yang 20 batang sehari bagaimana? Anda kiralah sendiri.
No comments:
Post a Comment