Sunday, 18 November 2012

"AKU & TEKINOLOGI PADA HARI INI "


TEKNOLOGI TERKINI DAN PEROLEHAN PENGETAHUAN DAN KEPENTINGAN DI DALAM NEGARA SEDANG MEMBANGUN

Artikel ini mengulas mengenai perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)dan kesan-kesannya terhadap pendidikan dan sistem pembelajaran. Lebih khususnya, penekanan secara langsung terhadap perkembangan pendidikan bagi negara-negara sedang membangun. Perubahan dalam perkembangan teknologi turut mempengaruhi negara-negara sedang membangun melalui perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang canggih bagi tujuan pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan bahan-bahan pengetahuan di kalangan pelajar.

Implikasi-implikasi Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Implikasi-implikasi perkembangan Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun dan juga negara-negara sedang membangun. Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa terdapat empat (4) implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan. Ketiga, perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat.Keempat, perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian.Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK !!!



Kenapa Anda Harus Berhenti Merokok?
Tembakau adalah penyebab utama kematian 1 dalam 10 orang dewasa di seluruh dunia yang ianya bersamaan  5 juta kematian setahun. Kebanyakan kematian utama adalah disebabkan serangan penyakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan kanser. Penyakit saluran jantung tersumbat adalah penyebab utama kematian di Amerika Syarikat. Masih nak merokok lagi?
Tahukah Anda?
Dengan mengambil rokok kita telah mengundang penyakit kepda diri kita. Malah kepda orang lain di sekeliling kita juga. Kerana setiap asap rokok yang kita sedut akan memberi kesan kepada paru-paru, otak dan jantung kita. Kandungan tar, nikotina dan bahan kimia yang lain akan menyebabkan penyakit kanser, tibi dan pendarahan dalam otak. Setiap asap rokok yang dihidu mengandungi 4000 bahan kimia dan 200 daripadanya adalah beracun, manakala 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Dari asap yang dihidu itu juga boleh menyebabkan darah membeku dan mengakibatkan strok. Strok boleh membunuh dan mengakibatkan buta atau lumpuh.
Mari kita lihat artikel di bawah ini...
Kandungan Bahan Kimia Berbahaya Dalam Rokok
 (ini adalah sebahagian drpd 4000 bahan kimia)
Asap maut! Setiap batang rokok yang dihisap mengandungi racun yang amat berbahaya.
Bahan kimia yang terdapat pada rokok :
1) Aseton (penanggal cat)
2)Ammonia (pencuci lantai)
3)Metanol (bahan api)
4)Naftalena (ubat gegat)
5)Karbon monoksida(gas beracun dari ekzos kereta)
6)Vinil klorida(membuat PVC)
7)Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
8)Toluena
9)Arsenik(racun anai-anai)
10)Fenol
11)Butana (minyak lighter)
12)DDT(racun makhluk perosak)
13)Nikotin(termasuk dlm kategori dadah kerana ia menyebabkan ketagihan)
14)Tar(utk membuat jalanraya)                                                                                                
Bahan kimia yang terdapat pada rokok yang menjadi punca barah :
1)Naphthylamine
2)Kadmium(digunakan dalam bateri kereta)                                        
3)Polonium-201
4)Toluidina
5)Uretana
6)Dibenzakridine
7)Benzopyrine
Perangkaan terbaru menunjukkan 29 % ibu  hamil yang merokok walaupun hanya 1 hingga 10 batang sehari menyebabkan anak dalam kandungan mereka cacat. Dan risiko tersebut meningkat kepada 78% kepada yang merokok 20 batang sehari.
Selain daripada itu merokok juga amat membazirkan wang. Mari kita kira berapa banyak wang yang keluar hanya kerana rokok...
Katalah anda merokok jenama yang terkenal, sekotak 14 batang dengan harga RM5.30, kebiasaan kepada mereka yang sudah imun dengan rokok akan merokok paling tidak satu hari sekotak rokok.
1 hari = sekotak (14 batang)= RM5.30
30 hari = 30 kotak (420 batang)=RM159.00
365 hari = 365 kotak (5110 batang)=RM1934.50
10 tahun merokok purata anda akan membakar wang sebanyak RM19345.00, cukup untuk sebuah kereta Kancil Baru.
Itu baru yang merokok 14 batang sehari. Yang 20 batang sehari bagaimana? Anda kiralah sendiri.